Kapal merupakan antara kenderaan pengangkutan air yang tertua di dunia ini tanpa mengira tempat mahupun suatu kawasan. Pada masa yang sama, dari sudut islam ia juga turut menyatakan bahawa kapal telah lama digunakan iaitu seawal zaman Nabi Nuh AS lagi iaitu sewaktu peristiwa banjir besar melanda. Melalui kaedah silang beza dapat dinyatakan bahawa kapal merupakan antara kenderaan yang penting kepada masyarakat dahulu untuk melaksanakan perjalanan mereka. Menurut Kamus Oxford, kapal bermaksud perahu besar yang digunakan sebagai kenderaan untuk mengangkut manusia ataupun barangan. Demikian dapat dintepresikan bahawa kapal merupakan revolusi daripada perahu namun dalam saiz yang berbeza. Dalam pada itu, penggunaan kapal layar secara meluas telah menyebabkan berlakunya penubuhan kerajaan maritim, iaitu kerajaan yang berfokuskan perairan. Hal ini dapat dilihat melalui ekonomi dan sosial mereka yang hampir keseluruhannya berasaskan kepada aktiviti di laut. Namun bukan itu sahaja, kapal ...