PENGENALAN
Kapal merupakan antara kenderaan
pengangkutan air yang tertua di dunia ini tanpa mengira tempat mahupun suatu kawasan.
Pada masa yang sama, dari sudut islam ia juga turut menyatakan bahawa kapal
telah lama digunakan iaitu seawal zaman Nabi Nuh AS lagi iaitu sewaktu
peristiwa banjir besar melanda. Melalui kaedah silang beza dapat dinyatakan
bahawa kapal merupakan antara kenderaan yang penting kepada masyarakat dahulu
untuk melaksanakan perjalanan mereka. Menurut Kamus Oxford, kapal bermaksud
perahu besar yang digunakan sebagai kenderaan untuk mengangkut manusia ataupun
barangan. Demikian dapat dintepresikan bahawa kapal merupakan revolusi daripada
perahu namun dalam saiz yang berbeza. Dalam pada itu, penggunaan kapal layar
secara meluas telah menyebabkan berlakunya penubuhan kerajaan maritim, iaitu
kerajaan yang berfokuskan perairan. Hal ini dapat dilihat melalui ekonomi dan
sosial mereka yang hampir keseluruhannya berasaskan kepada aktiviti di laut.
Namun bukan itu sahaja, kapal juga turut digunakan oleh masyarakat dahulu untuk
bergerak dari suatu tempat ke suatu tempat lain dengan jarak yang jauh. Mereka
cenderung menggunakan kapal berbanding pengangkutan darat kerana pada zaman
dahulu darat memiliki laluan yang terhad sehingga menjadi masalah kepada mereka
untuk meneruskan perjalanan. Seperti ancaman binatang buas, pokok tumbang dan
tembok-tembok yang memisahkan antara sesebuah kerajaan. Manakala laluan
perairan pula merupakan laluan yang lebih sesuai kerana tiada sebarang masalah
sewaktu melewatinya kecuali ketika air pasang. Hal ini disebabkan oleh laut memiliki
akses kepada manusia untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain
melalui perairan yang telah menyambungkan suatu tempat dengan tempat yang lain.
Kesannya, ia telah memudahkan dan menjimatkan masa serta tenaga masyarakat dahulu
untuk melaksanakan perjalanan mereka walaupun dalam jarak yang jauh.
Comments
Post a Comment