KEISTIMEWAAN KAPAL DAN PERAHU TRADISIONAL TERENGGANU
Jika di kaji dengan lebih
mendalam, didapati bahawa negeri Terengganu memiliki kapal dan juga perahu yang
amat unik berbanding dengan kapal-kapal yang terdapat di kawasan lain. Hal ini
dapat dibuktikkan melalui pembinaan kapal dan perahu di Pulau Duyong,
Terengganu. Pulau Duyong merupakan sebuah penempatan yang majoriti masyarakatnya
adalah melayu. Dalam pada itu, kedudukan pulau ini di tepi muara sungai telah
menyebabkan berlakunya aktiviti ekonomi masyarakat tersebut yang berasaskan
kepada perikanan dan perkapalan. Demikian, pada 40 hingga 50 tahun dahulu terdapat
banyak bengkel kapal dan perahu yang terdapat pulau tersebut. Walaupun
pembinaan kapal dilakukan secara meluas di serata dunia, namun kapal dan perahu
yang dihasilkan di Terengganu memiliki keistimewaan dan keunikkanya tersendiri
yang tidak boleh didapati di mana-mana kawasan lain.
Hal ini dapat dilihat melalui petukangnya
sendiri ataupun dikenali sebagai tukang pembuat kapal. Di mana mereka langsung
tidak menggunakan apa-apa pelan sebagai panduan dalam proses membina kapal
mahupun perahu (Nur Alia et al., 2022). Jika difikir ianya sedikit tidak logik
kerana pembuatan pengangkutan yang besar tanpa pelan dapat mengundang kepada kemerosotan
kualiti binaannya. Perkara ini juga turut disoal oleh pelayar-pelayar dari
negara Amerika yang menghantar surat kepada En Shafiee, 75 tahun. Mereka telah
mempersoalkan tindakan petukang melayu di Pulau Duyong yang hanya menggunakan
daya fikiran mereka tersendiri untuk menentukan bentuk sesebuah perahu tanpa menggunakan pelan ketika melaksanakan
proses pembinaan kapal dan juga perahu yang ditempah oleh pelanggannya. Walau
bagaimanapun, hal ini dapat dibuktikan oleh para petukang melayu Terengganu walau
tiadanya pelan, sebuah kapal ataupun perahu dapat dibina dengan berkualiti dan
mantap. Perkara ini telah mencerminkan kewibawaan dan juga kemahiran petukang
kapal dan perahu di Pulau Duyong adalah eksklusif kerana tidak semua petukang
di negeri lain dapat melakukan perkara yang sama. Perkara sebegini dapat terjadi
kerana berlakunya pewarisan berkaitan pembinaan kapal oleh generasi terdahulu
yang terlibat dalam bidang tersebut kepada generasi seterusnya. Melalui
pewarisan ini, ilmu berkaitan perkapalan dapat dilanjutkan dan sekali gus
melahirkan tukang-tukang kapal yang professional dan hebat.
Selain itu, keistimewaan kapal dan perahu di Pulau Duyong ini dapat dilihat melalui cara pencantuman antara papan-papan kapal sehingga terbentuknya dinding pengangkutan air tersebut. Hal ini kerana petukang di Pulau Duyong menggunakan kaedah pasak dan bukannya kaedah pemakuan untuk memasang dinding bagi kapal mahupun perahu yang dibinanya. Perkara ini bagi memastikan pengangkutan yang dibina akan lebih tahan lama dan tidak berkarat apabila dimasukkan ke dalam air. Selain itu, pemasangan pasak pada kapal ataupun perahu dapat mengukuhkan lagi struktur pengangkutan tersebut. Demikian jika berlakunya kemalangan kapal serta perahu yang menggunakan pasak tidak mudah pecah ataupun roboh. Berbanding dengan kapal-kapal kini yang amat mudah pecah walaupun dilambung oleh ombak kecil. Pemasangan pasak bagi sesebuah kapal adalah dianggarkan beribu-ribu, kerana pasak dipasang bermula dari bawah kapal hingga ke atas. Jarak di antara satu kayu pasak dengan kayu yang lain bermula dengan luang, iaitu berukuran tiga inci setengah.
Keistimewaan kapal dan perahu Pulau Duyong
yang seterusnya adalah penggunaan kulit kayu pokok gelam (Mohd Yusof, 2017). Kulit
pokok ini akan diletakkan dan diselitkan di antara pasak-pasak sebelum mencantumkan
satu papan dengan papan yang lain ketika membina dinding kapal ataupun perahu.
Penggunaan kulit pokok ini adalah untuk mengelakkan daripada air menembusi
kapal mahupun perahu ketika sedang belayar. Penggunaan kulit kayu pokok gelam
dalam bidang pembinaan kapal ini amat sukar untuk di dapati, kerana rata-rata
aktiviti pembinaan kapal di luar Pulau Duyong, Terengganu ini menggunakan
kaedah pemakuan ataupun gam untuk melekatkan papan-papan kayu di didnding kapal
ataupun perahu.
Sumber:Terengganu State Museum
Comments
Post a Comment