KESIMPULAN

 

Tuntasnya dapat dilihat bahawa bidang perkapalan dan pertukangan di negeri Terengganu adalah unik dan berbeza dengan kawasan-kawasan lain. Tenaga pakar yang mahir dalam arena pembuatan perahu dan kapal kerana minat yang mendalam terhadap bidang tersebut, bijak mencari ruang untuk mengembangkan lagi aktiviti itu sehingga menjadi kegiatan ekonomi yang meluas. Keunggulan tradisi pertukangan kapal dan perahu tradisional di Terengganu ini sewajarnya dikekalkan agar ianya tidak dilupakan dan terus diwariskan dari generasi ke generasi yang lain. Malahan pihak yang berwajib perlulah melaksanakan langkah yang efektif dan juga efisien untuk memastikan nasib para petukang dan bengkel-bengkel kapal di Pulau Duyong ini terbela. Pada masa yang sama, masyarakat juga perlulah bergerak secara aktif dan konsisten dalam memperkembangkan dunia perkapalan di Terengganu ini, kerana bidang tersebut merupakan cerminan bahawa masyarakat di Terengganu memiliki kelebihan dan keunikan yang membezakannya dengan masyarakat di negeri-negeri lain. Oleh demikian, dapat dilihat bahawa petukang kapal merupakan watak yang penting dalam melestarikan warisan perkapalan melayu khususnya berkaitan pembinaan perahu dan kapal kayu yang menggunakan pasak yang semakin hilang dalam meniti arus kemodenan kini.

Popular posts from this blog

PENGENALAN