PERAHU SEKOCI
Di samping itu, terdapat juga
perahu jenis perahu sekoci, perahu ini dikatakan memiliki pengaruh yang kuat
daripada Belanda.Walaupun begitu tukang-tukang perahu di Terengganu telah
mengubah suainya daripada beberapa aspek untuk memudahkan penggunannya di struktur
sungai Terengganu. Antaranya, tukang di Terengganu telah mengubah segi bentuk
kapal tersebut, lunasnya dan juga bahagian Haluan dan belakang perahu tersebut.
Ciri-ciri perahu sekoci ini terletak pada kedudukan motornya yang berada di
luar bot. Dalam pada itu, perahu jenis ini memiliki sambutan yang hangat
daripada para nelayan. Hal ini kerana perahu ini dikatakan dapat menahan gelombang
ombak ketika digunakan.
PERAHU SEKOCI
SUMBER: MUZIUM MAYA TERENGGANU
Comments
Post a Comment