LATAR BELAKANG

 



Menurut sejarah, kapal layar pertama yang digunakan adalah berasal daripada bangsa Mesir Kuno sekitar 3200 sebelum masihi. Lalu berlakunya peluasan sehinggalah ke Tanah Melayu. Hal ini dapat dilihat melalui penglibatan sebuah pulau yang diberi nama sebagai Pulau Duyong di negeri Terengganu dalam aktiviti pelayaran. Pulau Duyong mrupakan sebuah pulau di Terengganu yang berada di muara sungai negeri tersebut dan ia merupakan pintuasuk ke Bandar Kuala Terengganu melalui jalan laut oleh para pelaut dan juga pedagang-pedagang luar. Hal ini telah  menyebabkan berlakunya aktiviti perdagangan dan pelabuhan di kawasan tersebut. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja dipelopori oleh masyarakat tempatan namun terdapat juga penglibatan dari masyarakat luar seperti Arab, Cina dan juga India (nama pakcik). Perkara ini telah menjadi faktor utama kepada kedatangan kapal layar dan perahu di kawasan tersebut. Dalam pada itu, kedatangan-kedatangan kapal layar dan juga perahu dari kawasan luar ini telah menjadi panduan kepada masyarakat tempatan di kawasan tersebut untuk membina pengangkutan itu. Apabila mereka berjaya membina kapal layar dan juga perahu maka aktiviti berkaitan perairan semakin meluas di kawasan tersebut. Maka lahirlah tenaga tenaga pertukangan kapal yang professional sehingga ia menjadi tempat tujuan masyarakat luar untuk menempah kapal, membaiki kapal dan juga sebagai tempat singgah kapal. Pada masa yang sama, penduduk-penduduk tempatan turut menggunakan kapal layar dan juga perahu dalam kehidupan sehari-harian mereka. Terutamanya dalam bidang perekonomian iaitu nelayan dek kerana kedudukan pulau tersebut yang strategik di tepi muara sungai. Pembinaan dan pertukangan kapal serta perahu ini telah mencerminkan bahawa masyarakat di negeri Terengganu telah pun mencapai peradaban sejak berzaman dahulu lagi.

Popular posts from this blog

PENGENALAN